Tuesday, December 8, 2009

RAHSIA AL-FATIHAH KETIKA SOLAT


Bacaan Al-Fatihah ketika solat merupakan munajat atau bisikan hamba terhadap Khaliq (penciptanya). Sebagaimana didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah :-


Apabila kita membaca :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢
Allah menjawap :
حَمْدَنِي عَبْدِي ertinya : Telah memuji akan Daku oleh hambaku

Apabila kita membaca :
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ ﴿٣
Allah menjawap :
اَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِيْ ertinya : hambaku menyanjungiku

Apabila kita membaca :
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤
Allah menjawap :
مَجْدَنِيْ عَبْدِيْ ertinya : hambaku mengagungiku
Apabila kita membaca :
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥
Allah menjawap :
هَذاَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِيْ ertinya : ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaku
Apabila kita membaca :
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ﴿٧
Allah menjawap :
ولِعَبْدِيْ ماَ سَألَ هَذاَ لِعَبْدِيْ ertinya : Ini semua untuk hambaKu dan bagi hambaKusegala permintaannya.

Maka oleh itu Saudara-Saudariku ingatlah bahawa jangan diabaikan waktu munajat ini.
Surah Al-Fatihah mengandungi 27 kalimah yang terdiri 140 huruf. Dari 140 huruf tersebut berulang-ulang tidak didapati 7 huruf : ث , ج , خ , ز , ف , ش , ظ para ulama mengkaji dan mendapati huruf-huruf tersebut berkaitan dengan nama-nama neraka iaitu:-
  1. ثبور : ث
  2. جحيم : ج
  3. خالدين : خ
  4. زمهرير : ز
  5. فارقة : ف
  6. شقاوة : ش
  7. ظلمة : ظ

Wednesday, October 28, 2009

Apa Pula Sejarah "Valentine Day"


Pada 14hb. Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan kerajaan Andalusia sepenuhnya apabila Bandar terakhir yang dikuasai Granada jatuh ke tangan tentera Kristian. Paderi Pedro St.Valentino mengistiharkan hari tersebut sebagai “hari kasih saying” atau “Valentine Day”. Valentino dianggap kekasih rakyatnya apabila Berjaya menumbangkan kerajaan Islamdi Cardova. Maka ternyata bahawa Hari Valentine day yang turut disambut oleh Umat Islam merupakan tarikh kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia.

Sejarah "APRIL FOOL"


Pembukaan Sepanyol yang dikenali sebagai Andalusia bemula dengan satu expedisi yang dibuat oleh oleh Panglima tentera Islam yang bernama Tariq Bin Ziyad di bawah kerajaan bani Umaiyyah. Setelah bertapak lebih 500 tahun Kerajaan Islam Andalusia dijatuhkan oleh tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam dengan pelbagai bangsa masih lagi bertapak dan berkubu disana namun kebencian tentera Kristian untuk menghancurkan penganut Islam mereka mula merancang dengan menawarkan pelayaran untuk keluar dari Sepanyol dengan menyediakan kapal-kapal. Tentera Kristian menyediakan beratus buah kapal dan penduduk Islam mula percaya dengan tawaran tersebut.
Pada keesok harinya pada tarikh 1 APRIL , umat Islam keluar beramai-ramai ke pelabuhan. Setelah keluar dari kubu pertahanan Pihak Kristian pun menyerbu dan membunuh semua Penganut Islam termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka tidak sempat menaiki kapal disebabkan kapal-kapal itu telah pun dibakar setiba mereka di pelabuhan.
Peristiwa berdarah ini kemudian dirayakan oleh tentera Kristian Andalusia sehingga ke hari ini di seluruh dunia namun yang mengecewakan banyak Umat Islam yang jahil mengenai perayaan ini tetapi yang lebih malangnya yang arif mengenai perkara ini terus merayakannya. NauzubiLlahi Min Zalik…
Renungan : Kejamkah Islam?

Ketika Umar Al-Khattab membuka palestin dia masuk ke Baitul Muqaddis tanpa pertumpahan darah dengan mengadakan dialog panjang dengan ketua paderi, dengan membenarkan mereka keluar dari kota dengan selamat semuanya.
Sallahuddin al-Ayubi ketika beliau membuka Damsyik dan Baitul Muqadis, beliau tidak menghalau penganut-penganut Kristian sebaliknya membahagikan kawasan gereja dan masjid bersebelahan malah beliau membina sebuah tempat penempatan Kristian di kota Bab Thuma yang kesannya dapat dilihat ke hari ini.

Tuesday, October 27, 2009

Jumlah Penganut Ugama Islam Seluruh Dunia

Menurut Pew Forum On Religion and Public Life yang mengambil masa selama 3 tahun untuk menyiapkan kajian ini mengatakan bahawa Penduduk Islam dunia kini berjumlah 1.57 billion atau satu nisbah empat orang penduduk dunia .



Hasil laporan tersebut mendapati sekalipun Islam bermula di Negara Arab tetapi bilangan terbesar Umat Islam adalah di benua Asia iaitu kira-kira 60 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk Islam dunia.


Dari perbandingan yang dibuat didapati penduduk Islam Jerman lebih ramai berbanding Lebanon, Penduduk Islam China lebih ramai berbanding Syria manakala Rusia lebih ramai orang Islam berbanding Jordan dan Libya.

Sunday, August 30, 2009

Majunya Yahudi kerana.........?



Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh jut
a di Amerika, lima juta di Asia , dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika.
Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?
Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi ' s Jeans), Howard Schultz (Starbuck ' s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo ' s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ' membuat apa saja ' demi Israel .

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia , 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ' Kedudukan Akademik Universiti-universi ti Dunia ' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS $3.8 trilion dan Jerman AS $2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Saudaraku jangan kita selalu menyalahkan Yahudi atas kelemahan kita, tetapi salahkan diri kita kenapa kita tidak berusaha memperbaiki diri. Renungkanlah........

Wednesday, August 26, 2009

RAHSIA DISEBALIK SAKIT




Hidup ini tidak lepas dari cobaan dan ujian, bahkan cobaan dan ujian merupakan sunatullah dalam kehidupan. Manusia akan diuji dalam kehidupannya baik dengan perkara yang tidak disukainya atau bisa pula pada perkara yang menyenangkannya. Allah ta’ala berfirman yang artinya, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan mengujimu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (QS. al-Anbiyaa’: 35). Sahabat Ibnu ‘Abbas -yang diberi keluasan ilmu dalam tafsir al-Qur’an- menafsirkan ayat ini: “Kami akan menguji kalian dengan kesulitan dan kesenangan, kesehatan dan penyakit, kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan.” (Tafsir Ibnu Jarir). Dari ayat ini, kita tahu bahwa berbagai macam penyakit juga merupakan bagian dari cobaan Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Namun di balik cobaan ini, terdapat berbagai rahasia/hikmah yang tidak dapat di nalar oleh akal manusia.

Sakit menjadi kebaikan bagi seorang muslim jika dia bersabar

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Sungguh menakjubkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terjadi kecuali bagi orang mukmin. Jika dia mendapat kegembiraan, maka dia bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya, dan jika mendapat kesusahan, maka dia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya. (HR. Muslim)


Sakit akan menghapuskan dosa


Ketahuilah wahai saudaraku, penyakit merupakan sebab pengampunan atas kesalahan-kesalahan yang pernah engkau lakukan dengan hati, pendengaran, penglihatan, lisan dan dengan seluruh anggota tubuhmu. Terkadang penyakit itu juga merupakan hukuman dari dosa yang pernah dilakukan. Sebagaimana firman Allah ta’ala, “Dan apa saja musibah yang menimpamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS. asy-Syuura: 30). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya. (HR. Muslim)

Sakit akan Membawa Keselamatan dari api neraka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,” Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan mengahapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi. (HR. Muslim)
Oleh karena itu, tidak boleh bagi seorang mukmin mencaci maki penyakit yang dideritanya, menggerutu, apalagi sampai berburuk sangka pada Allah dengan musibah sakit yang dideritanya. Bergembiralah wahai saudaraku, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api Neraka.” (HR. Al Bazzar, shohih)


Sakit akan mengingatkan hamba atas kelalaiannya

Wahai saudaraku, sesungguhnya di balik penyakit dan musibah akan mengembalikan seorang hamba yang tadinya jauh dari mengingat Allah agar kembali kepada-Nya. Biasanya seseorang yang dalam keadaan sehat wal ‘afiat suka tenggelam dalam perbuatan maksiat dan mengikuti hawa nafsunya, dia sibuk dengan urusan dunia dan melalaikan Rabb-nya. Oleh karena itu, jika Allah mencobanya dengan suatu penyakit atau musibah, dia baru merasakan kelemahan, kehinaan, dan ketidakmampuan di hadapan Rabb-Nya. Dia menjadi ingat atas kelalaiannya selama ini, sehingga ia kembali pada Allah dengan penyesalan dan kepasrahan diri. Allah ta’ala berfirman yang artinya, “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (para rasul) kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri. (QS. al-An’am: 42) yaitu supaya mereka mau tunduk kepada-Ku, memurnikan ibadah kepada-Ku, dan hanya mencintai-Ku, bukan mencintai selain-Ku, dengan cara taat dan pasrah kepada-Ku. (Tafsir Ibnu Jarir)

Terdapat hikmah yang banyak di balik berbagai musibah


Wahai saudaraku, ketahuilah di balik cobaan berupa penyakit dan berbagai kesulitan lainnya, sesungguhnya di balik itu semua terdapat hikmah yang sangat banyak. Maka perhatikanlah saudaraku nasehat Ibnul Qoyyim rahimahullah berikut ini: “Andaikata kita bisa menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah (yang dapat kita gali, -ed). Namun akal kita sangatlah terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari.” (Lihat Do’a dan Wirid, Yazid bin Abdul Qodir Jawas)

Ingatlah saudaraku, cobaan dan penyakit merupakan tanda kecintaan Allah kepada hamba-Nya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ta’ala jika mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberi mereka cobaan.” (HR. Tirmidzi, shohih). Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami keyakinan dan kesabaran yang akan meringankan segala musibah dunia ini. Amin.
***

Terima kasih kepada Penulis: Abu Hasan PutraArtikel http://muslim.or.id/akhlaq-dan-nasehat/rahasia-sakit.html

Friday, July 31, 2009

Peruntuh Masjid Menerima Hidayah


Seramai 150,000pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab 'suci' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh. Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas 'kejahatan' beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah

Pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia 'baru' yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri. "Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah" "Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan," ujarnya sayu.

Sunday, July 19, 2009

Membentangkan tangan Ketika Orang Sedang Solat

Perkara membentangkan tangan ketika seseorang sedang solat sering dialami oleh Jemaah Haji dan Umrah di Tanah Haram. Para jemaah sering beranggapan dan mempersendakan tabiat jemaah tersebut disebabkan ketidaktahuan dalam mengungkapan hukum.

Didalam sebuah Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud : “ Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik daripada lalu dihadapan orang orang solat ini. Berkata perawi : ‘aku tidak pasti sama ada Nabi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun’ .”
Riwayat Imam Bukhari (Kitab Shahih Bukhari no: 487,1/191).

Di dalam sebuah hadis yang lain bermaksud : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah untuk menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah menegahnya, jika ia enggan berhenti hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah syaitan.
Riwayat Al-Bukhari ((Kitab Shahih Bukhari no: 486,1/191).

Oleh yang demikian mengadakan "SUTRAH" atau penghadang dihadapan orang yang sedang solat perlu dilakukan sebagaimana merujuk beberapa buah hadis dan Ijtihad Ulama mengenainya.

Para ulama purata bersepakat termasuk Imam Syafi’i bahawa meletakkan “Sutrah” atau penghadang ketika ingin solat adalah SUNAT sahaja. Sebagaimana merujuk dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Apabila seseorang kamu ingin solat hendaklah ia meletakkan dihadapannya sesuatu . Sekiranya tiada, letakkanlah tongkat , jika tiada buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudharat sesiapa yang lalu dihadapannya”.


Menurut Syaikh Sayyid Sabiq dalam kitab Fiqh Sunnah, sutrah pada saat ini dapat berupa: sejadah, susunan saf masjid melalui hamparan warna karpet, ataupun berupa garis. Sutrah juga dapat berupa tembok, tongkat, ataupun tiang. Rasulullah SAW sendiri kadang kala solat menghadap Aisyah RA yang sedang tidur, jadi yang menjadi sutrah adalah Aisyah RA (al-Bukhari, Muslim dan Abu Ya’la).

Saturday, June 13, 2009

Kenali Tubuh Badan Awda

Merujuk pada Fakta Penyelidikan Sains

  • Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 Kilometer .
  • Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.
  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.
  • Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.
  • Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
  • Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  • Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
  • Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (sebab tuh kena sebut Alhamdulillah, syukur sebab tak jalan terus.... bukan sebut pardon me or excuse me..)
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  • Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
  • Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.
  • Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.
  • Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
  • Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
  • Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
  • Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.
  • Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

Saturday, June 6, 2009

Bukti Al-Quran Tentang Keajaiban Air Masin -Tawar Bagi Yang Berfikir

" Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..." Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Subhanallah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Thursday, June 4, 2009

Islamnya Seorang Warga Britain tentang terbelahnya Bulan


Warga Britain Daud Musa Pitkhok berkata, "Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjuk aku sebuah terjemah makna-makna Al-Qur'an yang mulia.

Maka, aku pun berterima kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan ketika aku membuka-buka terjemahan Al-Qur'an itu di rumah, maka surat yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: "Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah......." Maka aku pun tergamam: Apakah kalimat ini masuk akal?? Apakah mungkin bulan bisa terbelah kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa melakukan hal itu??? Maka, aku pun menghentikan dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari-hari. Akan tetapi Allah-lah Yang Maha Tahu tentang tingkat keikhlasan hamba-Nya dalam pencarian kebenaran.

Maka aku pun suatu hari duduk di depan televisi Britain. Saat itu ada sebuah diskusi
hangat antara presenter seorang Inggris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar astronot tersebut pun menceritakan tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke bulan. Dan diantara diskusi tersebut adalah tentang turunnya astronot menjejakkan kakinya di bulan, dimana perjalanan antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar. Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata,

"Kebodohan macam apalagi ini, dana begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?" Mereka pun menjawab,"Tidak, ..!!! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri,maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana itu kepada siapapun. Maka presenter itu pun bertanya, "Hakikat apa yang kalian telah capai sehingga demikian mahal taruhannya?"

Mereka menjawab, "Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali.!!!" Presenter pun bertanya, "Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?" Mereka menjawab,"Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, "Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali".

Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan, "Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, "Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad sallallahu alaihi wassallam 1400-an tahun yang lalu. Allah benar-benar telah mengolok-olok AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin !!!!"".

Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah ... (aku pun tergamam), "Maka,aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur'an dan aku baca surat Al-Qamar, dan ... saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam.

Saturday, May 23, 2009

Renungkan : Kenapa Allah mengharamkan babi ?

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai(binatang yang tidakdisembelih) dan darah (yang keluar mengalir)dan daging babi(termasuk semuanya) dan binatang-binatangyang disembelihkerana yang lain dari Allah”.
(Al Maidah ayat 3)

Dari Abu Hurairah,
“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak dan harganya,dan telah haramkan bangkai dan harganya dan telah haramkan babi dan harganya (jual-belinya).”
(HR Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)

Tahukah awda, pada tahun 1918 epidemik Virus influenza telah membunuh lebih kurang 20 juta orang diseluruh dunia namun ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenar berjumlah 40 juta orang.
Pada tahun 1957, Wabak asian Flu telah menyerang Hong Kong yang menyebabkan kematian 2 juta orang. Virus ini dikatakan berpunca dari kuman yang datang dari binatang ternakan dan menjangkiti babi. Di dalam babi virus ini berubah dalam bentuk yang sangat berbahaya. Flu dari babi ini turut tercatat pernah merebak pada tahun 1968 di hongkong dan Russian Flu 1977.

Pada Mac 1997, ahli sains Britain telah menemui satu kuman berbahaya Retroviruses PERVS daripada babi yang boleh membiak dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan merebakkannya melalui cecair yang ada pada tubuh manusia serta mudah menjangkiti manusia sehinggakan kerajaan Britain mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat atau organ dari babi ke manusia.
Seorang tokoh cendiakawan iaitu Imam Muhammad Abduh memberikan jawapan kepada persoalan yang ditujukan kepadanya tentang pengharaman babi oleh segelintir masyarakat di Perancis sewaktu beliau berkunjung ke sana :
Maka Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, “Untuk apa semua ini ?Beliau menjawab, “Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahasia.” Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.

Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya Selanjutnya beliau berkata, “Saudara-saudara, daging babi membunuh orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was,karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.
Renungkan fakta ini:

1. Babi adalah haiwan yang amat rakus ketika makan . Ia makan semua makanan di hadapannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya.

2. Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan najis manusia,haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri.

3. Ia kencing atas najisya dan memakannya kembali jika berada di hadapannya.

4. Ia memakan sampah, benda yang busuk, dan najis haiwan.

5. Ia adalah hewan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama, jika dibiarkan.

6. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak enak dibau.

7. Penelitian ilmiah moden di China dan Sweden menyatakan: daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser alat kelamin dan kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik. Terutama di negara-negara Eropa, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India).Sementara di negara-negara Islam, peratusnya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil penelitian ini diterbitkan pada 1986, dalam Konferens Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.

8.Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering.
9. Daging babi adalah tempat persinggahan bagi beberapa jenis cacing yang berbahaya antaranya cacing Pita (Taenia solium), cacing Piral (Trichinella spinalis), cacing Tambang (Ancylostoma duodenale), cacing Paru-paru (Paragonimus), Fasciolepsis busci, Schistosoma japonicum,Chlonorchis sinensis, Erypsipelothrix dan lain-lain.

Wednesday, April 15, 2009

Fadhilat Berbekam


Bekam atau bahasa Arabnya disebut hijamah bererti mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada bahagian kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. (Kamus Dewan: 124)

Hukum Berbekam

Perubatan dengan menggunakan kaedah bekam adalah disunatkan dalam Islam malahan ia merupakan di antara sebaik-baik cara perubatan. Sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa buah hadis yang di antaranya sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam" (Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesan Berbekam Dalam Taharah
Mengikut mazhab As-Syafie, berbekam itu tidak membatalkan wudhu. Sebagaimana dalam kitabnya al-Umm yang menyatakan yang ertinya :
"Tidak perlu berwudhu (tidak batal wudhu) kerana muntah, darah yang keluar dari hidung, berbekam, sesuatu yang keluar daripada badan dan sesuatu yang dikeluarkan daripada jasad selain daripada tiga lubang iaitu qubul, dubur dan zakar. (Al-Umm: 1/14)
Oleh itu, sesiapa yang berubat dengan menggunakan bekam dalam keadaannya berwudhu, maka tidaklah batal wudhunya atau berbekam itu tidak membatalkan wudhu.


Kesan Berbekam Dalam Puasa
Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah dibolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut. Kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa"
(Hadis riwayat Bukhari)

Kesan Berbekam Dalam Ihram
Mengikut pendapat Imam As-Syafie, Ashab dan jumhur ulama adalah harus bagi seseorang yang sedang berihram itu berbekam dan tidak dikenakan ke atasnya fidyah, selagi dia tidak memotong rambutnya. (Majmuk: 7/377) Sebagaimana di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Buhainah Radiallahu ‘anhu, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam di tengah-tengah kepala Baginda di Lahyu Jamal (tempat antara Mekkah dan Madinah) padahal Baginda sedang berihram."
(Hadis riwayat Bukhari)
Jika sekiranya seseorang yang sedang berihram itu hendak berbekam dan terpaksa memotong rambutnya, maka hendaklah dia membayar fidyah disebabkan memotong rambutnya itu.
Menurut Imam An-Nawawi dalam hal ini, jika seseorang yang sedang berihram itu berbekam tanpa tujuan atau hajat lalu terpotong rambutnya maka haram hukumnya. Akan tetapi jika tidak terpotong rambut maka itu diharuskan. (Mausu‘ah Feqhiyah: 17/17)


Berbekam Sebagai Pekerjaan

Pendapat jumhur fuqaha termasuk mazhab Syafie, adalah diharuskan bagi seseorang itu menjadikan hijamah (bekam) sebagai satu pekerjaan dan mengambil hasil daripadanya. Kerana berbekam itu perbuatan yang bermanfaat, mubah (harus) dan orang ramai memerlukannya, maka diharuskan mengambil upah seperti pekerjaan menjahit dan sebagainya. (Mausu‘ah feqhiah: 17/18)
Mereka berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya:
"Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam pernah berbekam dan Baginda memberi (upah) kepada orang yang membekamnya itu, seandainya hal itu haram, nescaya Baginda tidak memberinya."
(Hadis riwayat Bukhari)


Faedah berbekam
Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda : “Hendaklah kalian berbekam pada tengah qomahduah kerana dapat menyembuhkan 72 penyakit”.

1) Melancarkan darah dan menguatkan sistem saraf dalam badan.
2) Mengaktifkan peranan sel darah putih
3) Memberi keselesaan dan kesegaran badan.
4) Membasmi kuman dan bacteria daripada merebak dan berjangkit semula.
5) Mengaktifkan saluran pernafasan,pergerakan,percakapan,pendengaran dan sel otak.
6) Menambah kekuatan otot
7) Mengaimbangi daya tahan badan.
8) Membuang darah kotor dan bertoksik yang menyebabkan penyakit.
9) Mengeluarkan angin yang mengganggu sistem badan dan sebagainya

Bila Waktu Sesuai untuk Berbekam


  1. Tarikh : 17, 19 dan 21 dalam takwim Hijrah,
    sebagaimana didalam beberapa buah Hadis diantaranya : diriwayatkan Tirmidzi , Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda : Sebaik-baik kalian melakukan bekam adalah pada hari 17,19 dan 21.
  2. Hari : sebaiknya hari Isnin.
    Dilarang melakukan pada hari Rabu dan Sabtu (Rujukan Kitab Jamiáh), menurut riwayat lain hari tersebut boleh menyebabkan terkena keputihan dan belang pada kulit . Namun terdapat sebuah hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “pada hari Jumaat ada waktu yang jika seseorang untuk melakukan bekam boleh mengakibatkan kematian”. Menurut Abu Dawud dalam Kitab Sunannya makruh hukumnya berbekam hari selasa kerana merujuk kepada Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: ”Hari Selasa adalah hari dimana darah tidak mengalir”.
  3. Masa : Jam dua dan tiga siang dilakukan setelah mandi (Rujukan Kitab Qanun Fi Thib)
  4. Keadaan Diri : Dilarang ketika kenyang.

Wednesday, April 8, 2009

Rahsia Disebalik Mengangkat Jari ketika Tasyahud


Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..



Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain. Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat. Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah.
Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku. Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah " Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t.. Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini... Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku... Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu.. Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah... Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah.....
Hasil Karya Saudara Ibn izd : www.satuhala.blogspot.com

Saturday, April 4, 2009

Bukti Kuasa Allah tentang Perbezaan Bulu Binatang




BRISTLE (Berus daripada bulu babi)Bulu babi atau babi hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.


Berus bulu kambing dan berus kambing biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam agar mudah penulis kaligrafi menggunakanya. Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain. Jika kita renungkan secara mendalam betapa agungnya kuasa Allah memudahkan kita mengetahui yang mana babi dan yang bukan babi agar kita senang menjauhinya. Untuk mengetahui lebih lanjut rupa bentuk bulu binatang yang digunakan untuk membuat berus sila ke laman ini http://www.trueart.info/types_of_hair.htm

Tuesday, March 31, 2009

Betulkah ini Batu Terbang yang terletak di Masjidil Aqsa?


Ada yang menyebutnya sebagai batu terbang atau batu gantung. Ada yang menyebutkan sebagai batu pijakan Nabi Muhammad saat akan mi'raj ke langit. Sang batu ingin ikut terbang ke langit, tetapi dilarang oleh nabi, sehingga berhenti dalam posisi melayang hingga sekarang.


Banyak yang percaya begitu saja gambar dan cerita tersebut. Tetapi tak sedikit juga yang bertanya-tanya. Apakah batu tersebut benar-benar ada? Benarkah itu foto asli?

Setelah beberapa lama mencari-cari kebenaran cerita dan foto tersebut, akhirnya ada kejelasan yang diperoleh dari forum diskusi berbahasa arab. Ternyata foto batu ini sudah tersebar jauh dan juga menimbulkan 'kehebohan' di antara mereka. Maka dalam forum berbahasa arab itu cerita pengiringnya berbeda. Tidak mengenai isra mi'raj. Di situ diceritakan bahwa batu ini berasal dari wilayah Al Ahsa (bukan Al Aqsa), di bagian timur Arab Saudi, di sebuah desa bernama Al Tuwaitsir. Sang batu, konon ceritanya, tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm di suatu hari di bulan April, tanpa sebab yang jelas.


Seorang anggota forum tersebut menanggapi dengan menyatakan bahwa ia hidup di wilayah tersebut dan tidak pernah melihat ada batu yang terbang melayang. Ia pun kemudian memberikan foto-foto batu yang dimaksud. Dan ternyata, memang batu tersebut ada, namun mempunyai penyangga di bawahnya. Foto asli batu tersebut menunjukkan bahwa memang batu tersebut cukup unik. Dan dengan mengambil sudut pemotretan yang tepat, dilanjutkan dengan manipulasi hasil pemotretan dengan photoshop atau program pengolah gambar lainnya, orang dengan mudah menghilangkan penyangga tersebut untuk memberi kesan sebagai batu yang melayang di udara.

Inilah gambar yang Original ternyata ianya tidak tergantung . Batu tempat Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam hendak menaiki boraq ada terletak terletak di dalam Dome Of The Rock.

Monday, March 30, 2009

Hangat!!!, Haram Ucap Merry Christmas bagi orang Islam


Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ… dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ… dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).
Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Maka jauhilah perkara ini.
Penulis belum menemui Hujjah yang kukuh mengenai keshahihan pengertian Merry Christmas tersebut, namun penulis berharap sebaiknya perkara ini dielakkan kerana ditakuti merosakkan Aqidah kitani tanpa disedari. Prevent is better than cure....
Penulis turut menemui sebuah Fatwa iaitu :-
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya tentang hukum mengucapkan selamat natal kepada orang kafir. Dan bagaimana kita menjawab orang yang mengucapkan natal kepada kita? Apakah boleh mendatangi tempat-tempat yang menyeleng-garakan perayaan ini? Apakah seseorang berdosa jika melakukan salah satu hal tadi tanpa disengaja? Baik itu sekedar basa-basi atau karena malu atau karena terpaksa atau karena hal lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka dalam hal ini?
Beliau menjawab dengan mengatakan, “Mengucapkan selamat kepada orang-orang kafir dengan ucapan selamat natal atau ucapan-ucapan lainnya yang berkaitan dengan perayaan agama mereka hukumnya haram, hukum ini telah disepakati. Sebagaimana kutipan dari Ibnul Qayyim -rohimahullah- dalam bukunya Ahkam Ahl Adz-Dzimmah, yang mana beliau menyebutkan, Adapun ucapan selamat terhadap simbol-simbol kekufuran secara khusus, disepakati hukumnya haram. misalnya, mengucapkan selamat atas hari raya atau puasa mereka dengan mengatakan, ‘Hari yang diberkahi bagimu’ atau ‘Selamat merayakan hari raya ini’ dan sebagainya. Yang demikian ini, kendati si pengucapnya terlepas dari kekufuran, tapi perbuatan ini termasuk yang diharamkan, yaitu setara dengan ucapan selamat atas sujudnya terhadap salib, bahkan dosanya lebih besar di sisi Allah dan kemurkaan Allah lebih besar daripada ucapan selamat terhadap peminum khamr, pembunuh, pezina atau lainnya, karena banyak orang yang tidak mantap agamanya terjerumus dalam hal ini dan tidak mengetahui keburukan perbuatannya.
Barangsiapa mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena kemaksiatan, bid’ah atau kekufuran, berarti ia telah mengundang kemurkaan dan kemarahan Allah.’
Demikian ungkapan beliau -rohimahullah-.
Haramnya mengucapkan selamat kepada kaum kuffar sehubungan dengan hari raya agama mereka, sebagaimana dipaparkan oleh Ibnul Qayyim, karena dalam hal ini terkandung pengakuan terhadap simbol-simbol kekufuran dan rela terhadap hal itu pada mereka walaupun tidak rela hal itu pada dirinya sendiri. Kendati demikian, seorang muslim diharamkan untuk rela terhadap simbol-simbol kekufuran atau mengucapkan selamat terhadap simbol-simbol tersebut atau lainnya, karena Allah سبحانه و تعالى tidak meridhainya, sebagaimana firmanNya, “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hambaNya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.” (Az-Zumar: 7).
Dalam ayat lain disebutkan, “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuridhai Islam itu jadi agamamu.” (Al-Ma’idah: 3).
Maka, mengucapkan selamat kepada mereka hukumnya haram, baik itu ikut serta dalam pelaksanaannya maupun tidak. Jika mereka mengucapkan selamat hari raya mereka kepada kita, hendaknya kita tidak menjawabnya, karena itu bukan hari raya kita, bahkan hari raya itu tidak diridhai Allah سبحانه و تعالى, baik itu merupakan bid’ah atau memang ditetapkan dalam agama mereka.Namun sesungguhnya itu telah dihapus dengan datangnya agama Islam, yaitu ketika Allah mengutus Muhammad صلی الله عليه وسلم untuk semua makhluk, Allah telah berfirman, “Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali Imran: 85).
Haram hukumnya seorang muslim membalas ucapan selamat dari mereka, karena ini lebih besar dari mengucapkan selamat kepada mereka, karena berarti ikut serta dalam perayaan mereka. Juga diharamkan bagi kaum muslimin untuk menyamai kaum kuffar dengan mengadakan pesta-pesta dalam perayaan tersebut atau saling bertukar hadiah, membagikan gula-gula, piring berisi makanan, meliburkan kerja dan sebagainya, hal ini berdasarkan sabda Nabi صلی الله عليه وسلم, “Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.”[1] Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam bukunya Iqtidha’ ash-Shirath al-Mustaqim Mukhalafah Ashab al-Jahim menyebutkan, “Menyerupai mereka dalam sebagian hari raya mereka menyebabkan kesenangan pada hati mereka, padahal yang sebenarnya mereka dalam kebatilan, bahkan bisa jadi mem-beri makan pada mereka dalam kesempatan itu dan menaklukan kaum lemah.”Demikian ucapan beliau -rohimahullah-.
Barangsiapa melakukan di antara hal-hal tadi, maka ia berdosa, baik ia melakukannya sekedar basa-basi atau karena mencintai, karena malu atau sebab lainnya, karena ini merupakan penyepelan terhadap agama Allah dan bisa menyebabkan kuatnya jiwa kaum kuffar dan berbangganya mereka dengan agama mereka.
Hanya kepada Allah-lah kita memohon agar memuliakan kaum muslimin dengan agama mereka, menganugerahi mereka keteguhan dan memenangkan mereka terhadap para musuh. Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi Maha Perkasa.
Rujukan: Al-Majmu’ Ats-Tsamin, Syaikh Ibnu Utsaimin, juz 3.Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 2, penerbit Darul Haq.

Friday, March 27, 2009

Lawak Hari Ini : Mencari Jodoh.......18 SX


Suatu hari di sebuah bandar, ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya. Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut yang mana-mana dia berkenan…
CALON PERTAMA:Ciri-ciri : Kulit cerah, rambut ikal mayang, pipi gebu, BUKIT besar….. BUMPER menggiurkan ala Jlo Pekerjaan : Operator telefon merangkap receptionistSi anak lelaki menolak calon pertama. Siibu bertanya mengapa dia menolak, lalu sianaknya pon berkata: “Ala Mak…nih tak syiioookkkk….dia nih selalu cakap SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR”.
CALON KEDUA:Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar, badan 100% bergetah, BUKITnya Just nice, BUMPERnya boleh tahanPekerjaan : SetiausahaLalu sianak lelaki berkata “Nih lagi tak syyiiiooookkkk…asyik-asyik HARAP BERSABAR…BERSABAR”Si ibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya…lalu dia pon menjemput calon terakhir…
CALON TERAKHIR:Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita,mata sepet sikit, badan 99.99999% bergetah, BUKITnya kurang memuaskan, BUMPERnya flatPekerjaan : Guru.Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini terus bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini?Lalu anaknya pun memberitahu… “Hah! mak nih la syyiookkk sikit…kalau cikgu best sikit..pasal dia selalu cakap ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NIH, BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN..HAH..TERUSKAN DAH BETUL TUH…”
Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk plak… “Bang!!!….Konduktor bas mini lagi bagus bang….Diorang selalu cakap….”NAIK CEPAT, NAIK CEPAT…MASUK, MASUK…..MASUK LAGI, DALAM LAGI…DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH,MASUK BELAKANG….BELAKANG LAGI, LAGI BELAKANG SANA…BELAKANG BANYAK KOSONG!………. Jgn mare untuk baibun saja